Kehidupan seorang manusia lepasan spm.
Monday, 12 December 2011 | 0 comments
Terdampar kegembiraan diwajah pelajar-2 spm selepas mereka baru sahaja melepasi cengkaman dari Sijil Pelajaran Malaysia (spm).Begitu juga aq, 30.11.2011 jam 3.30p.m. tarikh rasmi aq tamat digelar pelajar sekolah menengah. Alangkah seronoknya bila kulihat muka-2 yang riang di dalam dewan Perdana Dato Hamzah.Alahai gembiranya mereka tetapi ini bukan ku ingin ceritakan dalam post ni sebaliknya Kehidupan seorang manusia lepasan spm.Hahaha! Bangun lambat,tengok tv and main game lebih had masa, balik lewat tak balik pun ada, boleh dikatakan menjadi rutin harian remaja ini serta bil elektrik meningkat sudah menjadi kemestian dan kebiasaan.Bilangan kutu-kutu rayau dan (burung hantu) turut meningkat sama.Dan yang pasti, duit juga akan habis(pokai).Mereka yang bijak akan mengambil kesempatan ini untuk mencari kerja sementara menunggu result diumumkan tetapi ada juga dalam kalangan mereka yang masih menganggur same like me. dan juga ada yang sudah memulakan kerja mereka same like me. Eh? i mean kawan. hehehe.. beginilah sebahagian remaja yang baru sahaja menamatkan spmnya menjalani kehidupan. Berdikari dan menjadi Matang. Be yourself n Think the future. Rajin n Success. Segala yang mungkin,Nothing is imposible.Anda bijak mengubahnya.p/s: kepada remaja yang tidak mempunyai lesen motor or apa-apa yang sama waktu dengannya, sila mendapatnya dengan segera untuk memudahkan anda diterima bekerja dimana-mana jua anda applied.